Cedera & Instabiliti Bahu

Updated: Jun 13



Sendi bahu juga kerap tercedera akibat olahraga atau kecelakaan. Impak kecederaan boleh mengakibatkan dislokasi (sendi terkeluar) dan pasien tidak dapat menggerakkan bahu seterusnya. Pasien juga akan menderita nyeri bahu. Dalam kasus seperti ini, pasien perlu bergegas ke rumah sakit untuk rawatan kecemasan di mana bahu yang terkeluar sendi dimasukkan kembali (reduction of dislocation). Dalam kebanyakan kasus, dislokasi bahu boleh merobekkan orat dalam kapsul bahu yang memelihara stabiliti bahu. Akibatnya, setelah dislokasi bahu dipulihkan, bahu masih akan mengalami instabiliti dalam banyak kasus.

Bahu yang pernah dislokasi lebih mudah dislokasi kali kedua dan selebihnya berikutan daya atau impak cedera yang ringan. Ujian MRI dapat konfirmasi kecederaan orat dalam instabiliti bahu.

Perawatan yang paling berkesan untuk instabiliti bahu ialah operasi melalui teknik artroskopi bahu yang membolehkan operasi dilakukan dengan luka bersaiz lubang kunci. Operasi ini dipanggil Operasi Penstabilan Bahu Artroskopi (Arthroscopic Shoulder Stabilisation).

12 views0 comments

Recent Posts

See All