Cedera PCL & Multi-ligamen

Apabila lutut kita alami cedera yang lebih teruk seperti akibat kecelakaan mobil, ligamen / orat selain daripada ACL atau meniscus turut akan terobek.

Cedera olahraga lazimnya membawa kepada robek ACL, tetapi apabila kuasa atau daya kecederaan itu lebih kuat, seperti dalam ragbi, bola sepak, ligamen berikut juga boleh terobek:

PCL (posterior cruciate ligament)

LCL (lateral collateral ligament)

MCL (medial collateral ligament)

PLC (posterolateral complex)



Kecederaan ligamen-ligamen ini biasanya dikenali sebagai cedera PCL dan multi-ligamen. Ligamen-ligamen ini boleh cedera secara individu atau mungkin cedera bersama dua atau lebih ligamen serentak. Istilah multi-ligamen bermaksud dua atau lebih ligamen lutut cedera bersama. ACL dan meniscus juga boleh turut cedera bersama dengan ligamen-ligamen tersebut. Cedera ligamen-ligamen ini juga kerap dipanggil cedera ligamen kompleks.

PCL ialah ligamen kompleks yang paling lazim terobek akibat cedera lutut yang kuat. PCL seringkali cedera bersama ligamen PLC, LCL dan juga



Bagaimana perawatan cedera PCL dan multi-ligamen?

Pasien yang cedera PCL dan multi-ligamen perlukan rawatan operasi untuk kembalikan kestabilan dan fungsi lutut. Operasi juga perlu untuk mencegah pengapuran lutut dalam jangka panjang. Cedera PCL / ligamen kompleks yang tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada keausan tulang rawan lutut atau perkapuran lutut dalam jangka panjang.

Operasi untuk cedera PCL ialah rekonstruksi melalui artroskopi. Ligamen lain yang terobek bersama dengan PCL juga direkonstruksi serentak.

8 views0 comments

Recent Posts

See All