top of page

Operasi Ganti Lutut Berkomputer

Updated: Jun 10, 2022



Apa yang berlaku dalam operasi ganti lutut (TKR)?

Dalam TKR, tulang rawan yang keausan dibuang dan diganti dengan implan logam dan plastik. Implan ini dipanggil prostesis penggantian lutut. Operasi ini menghilangkan rasa sakit lutut, memulihkan fungsi lutut dan memperbaiki kualitas hidup pasien. Kalau TKR dibuat dengan jitu, prostesis ini mampu bertahan 15-20 tahun. Akan tetapi, jika operasi ini dilakukan secara tak tepat, prostesis lutut berpeluang tinggi untuk kelonggaran atau kegagalan seawal 3-5 tahun selepas operasi. Apabila prostesis TKR gagal, pasien akan rasa nyeri lutut dan kehilangan fungsi lutut. Mereka akan memerlukan operasi TKR kali kedua atau revisi.





Apakah Operasi Ganti Lutut Berpanduan Komputer (CAS- TKR)?

Operasi berpanduan komputer (computer assisted surgery - CAS) mencapai hasilan TKR yang lebih jitu dan konsisten. CAS menggunakan teknologi komputer semasa operasi dan sangat jitu. TKR yang dilakukan dengan bantuan CAS jauh lebih tepat dan lebih konsisten dalam hasilan berbanding TKR konvensional. Operasi TKR secara konvensional gagal mencapai hasilan konsisten kerana ketidaktepatannya berpunca daripada keralatan penilaian subjektif manusia.

Banyak kajian yang diterbitkan telah membuktikan operasi ganti lutut berpanduan komputer (CAS) jauh lebih jitu daripada penggantian lutut konvensional. Kejituan CAS yang lebih tinggi dan lebih konsisten membolehkan TKR pasien jauh lebih mampu untuk bertahan lama (15-20 tahun) berbanding TKR cara konvensional.

Teknologi era terbaru untuk CAS TKR menggunakan peralatan yang lebih mudah-alih (mobile) dan canggih. Teknologi komputer terkini unduk TKR menggunakan teknologi tablet mudah-alih (mobile tablet) dan gadget yang kecil tetapi canggih. Teknologi CAS yang digunakan oleh Dr Chan Kok Yu untuk operasi TKR ialah I-Assist (Zimmer-Biomet).

70 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page